In The Name of Allah we shall begin
09122009
08.55 p.m
DALAM HATI, HANYA ADA KAMU.
Terkenang yang dulu itu,
Kesal.Banyakkan istighfar.
Istighfar.Istighfar.
Astaghfirullah.
Untuk satu masa yang telah berlalu,
X mungkin selamanya mampu ku ulang
Untuk aku betulkan.
Untuk satu masa sekarang yang aku lalui,
Untuk satu masa yang akan datang,
Jika Kamu izinkan aku untuk saat selepas ini.
Allah, pelihara aku atas jalan Mu.
Ynag selalu terlupa, peringatkan aku.
Yang selalu tersasar, pimpinkan aku.
Yang selalu pilih untuk lupa,
ingatkan aku adanya pilihan untuk ingat.
Yang selalu pilih untuk tersasar,
pimpinkan aku ke arah pilihan untuk lurus.
Allah, sungguh rahmatMu sangat luas.
Segan sekali aku tidak meminta.
Fakir kasihMu, fakir cintaMu.
Kurniakan aku sayang Mu, cinta Mu.
Aku yang pernah memilih berpaling dariMu,
Datang meminta Kamu memilihku.
Aku yang pernah memilih memenuhkan mata dengan yang sementara,
Datang meminta Kamu sentiasa lihat aku, sentiasa pandang aku.
Aku yang pernah memilih mengingati yang sementara .
Datang meminta Kamu sentiasa ingati aku.
Aku yang pernah memilih hanya mendengar yang sementara,
Datang meminta Kamu sentiasa dengarkan aku,
Dalam susah, dalam senang.
Biar satu dunia berpaling dari aku,
Jangan Kamu menjauhi aku.
Biar satu dunia membenci aku,
Jangan Kamu benci aku.
Biar satu dunia memulaukanku,
Jangan Kamu berpaling dari aku.
Biar satu dunia menindas aku,
Jangan Kamu menyiksa aku.
Astaghfirullah.
Yang kekal azabMu,
X akan selamanya aku mampu sekalipun untuk membayangnya.
Jauh sekali yang nyatanya, lindungi aku.
Yang kekal rahmatMu,
X akan selamanya aku habis sekalipun untuk mengharap.
Jauh sekali memohonnya sedang aku sentiasa perlukannya.
Astaghfirullah,
Biar yang sementara membuangku,
Biar yang sementara menolakku.
Jangan Kamu membuangku,
Jangan Kamu menolakku.
Tak mampu aku membayangkan
Hidup tanpa bayangan Mu,
Walau segan sekali aku katakan Kamu menjadi bayangku.
Walau x layak rasanya aku katakan Kamu itu bayanganku.
Allah, Ampunkan aku.
Yang dosa tak terbilang.
Yang dosa taubatnya sedikit sekali.
Yang dosa dalam terang, dalam gelap.
Allah, ampunkan aku.
Astaghfirullah.
Allah, aku ini jarang sekali mampu bangun solat malam.
Terlintas selalu,
mengapa seringkali aku ini bukan tetamu pilihan Kamu,
Terlintas selalu,
mengapa seringkali aku bukan jemputan istimewa Kamu.
Pada waktu yang Kamu turun pada langit terendah,
Untuk mendengar rintihan kekasih Kamu.
Pada waktu yang Kamu hadir dan sahut permintaan mereka.
Cemburu rasanya memikirkan tetamu-tetamu Kamu itu,
Yang bilangannya,hanya Kamu yang tahu.
Tapi nyatanya, semalam aku bukan di antara mereka,
Kelmarin, aku juga tidak Kamu pilih.
Pandang aku, Pilih aku, Allah.
Pilih aku sebagai kekasih Kamu juga.
Untuk satu malam pertama,
Dan kedua selepasnya,
Dan seterusnya,
Sehingga Kamu izin aku bertemu Kamu..